Source: http://amronbadriza.blogspot.com/2012/10/cara-membuat-anti-copy-paste-di-blog.html#ixzz2DIUY9wPE

Sabtu, 17 November 2012

LANGKAH MENINGKATKAN IMAN DAN TAQWA

Diposting oleh Unknown di 00.17
Allah swt berfirman: ‘Sekiranya penduduk itu beriman dan bertaqwa, maka dibuka pintu langit’.
Maka dengan keimanan dan ketaqwaan maka terjamin keselamatan dalam kehidupan manusia.
CARA MENINGKATKAN IMAN DAN TAQWA
1. Ikuti perintah dan jauhi segala larangan Allah.
2.Pendapat ulama ada mengatakan terdapat 1000 perintah untuk dipatuhi dan terdapat 1000 larangan mesti dijauhi. Berapa perintah dan larangan Allah telah kita patuhi dalam kehidupan kita sehingga kini?
3.Bersyukur kepada Allah, Bersyukurlah jangan menjadi kufur! Allah berfirman: ‘Ingatlah kepada Aku, aku ingat kepada kamu’.
4.Manusia itu akhsanul taqwim yakni yang paling baik/lawa/cantik kejadiannya. Allah beri pendengaran telinga, mata dan hati. Allah nyatakan didalam firmannya: ‘tetapi sedikit sekali orang yang bersyukur’.
BAGAIMANA CARA INGIN BERSYUKUR


1.Dengarkanlah kalam Allah selalu.
2.Dengarkanlah nasihat-nasihat yang baik dari ulama-ulama.
3.Jauhilah hiburan melalaikan dan melampau. contohnya ada yang suka mendengar muzik pagi petang siang malam, dalam rumah, dalam pejabat, waktu berehat santai. sayang sekali umur di habis pada perkara sia-sia.
4.Pandanglah dan rasakan nikmat kebesaran dan kejadian ciptaan Allah swt.
5.Pandanglah ibu bapa kita, ada pahala disana.
6.Bagi yang mngerjakan haji/umrah memandang kaabah mendapat pahala. Ada yang tidak dapat nampak kaabah yang besar itu, lantaran itu bersihkan jiwa dan anggota kita dari melakukan maksiat kecil dan besar.
HATI YANG HIDUP DAN HATI YANG MATI
Menurut Imam Hasan Al Basri dapatlah diketahui tanda-tanda bagi hati yang mati itu seperti:
1.Sentiasa melazimi melakukan dosa tetapi pada masa yang sama mengharap pula keampunan Allah swt.
2.Berilmu tetapi tidak di amalkan dalam kehidupan seharian.
3.Beramal tetapi tidak ikhlas.
4.Riya’, yakni melakukan kebaikan, kebajikan dan beramal kerana ingin di lihat orang atau di puji orang yakni amalnya ingin diperlihat kepada manusia.
5.Hari-hari makan rezki Allah tetapi tidak mahu bersyukur.
6.Mengucapkan zikir tetapi hanya di bibir tidak di hayati di dalam hatinya dan tidak di ikuti pengamalan dengan anggota tubuhnya.
BAGAIMANA ULAMA DAHULU BERSYUKUR
1.Ulama dahulu Merasa cukup dengan sedikit bekalan dunia dan memperbanyak bekalan akhirat. Tetapi kita sering mendapat rezki banyak tetapi merasa tidak pernah cukup, dan sibuk menumpuk kebendaan dan kekayaan.
2.Ulama dahulu mengamalkan konsep syukur di dalam diri dengan memandang di bawah. kita juga boleh mengikut konsep ini contohnya kalau kita memiliki kereta bersyukur kerana ada orang yang hanya bermotorsikal, kalau kita mempunyai motorsikal kita bersyukur kerana ada orang yang cuma berbasikal, jika ada basikal bersyukur kerana ada orang yang hanya berjalan kaki.
3.Ulama dahulu sering menziarahi kematian/kubur tetapi kita pergi kubur tidak mahu mengambil iktibar:
Hari ini kita menziarahi kematian orang esok orang menziarahi kematian kita,
Hari ini kita memandikan orang esok orang memandikan kita,
Hari ini kita mengafankan orang esok orang mengafankan kita,
Hari ini solatkan orang esok orang solatkan kita,
Hari ini pergi ziarah esok orang ziarah kita.
Bani Adam adalah bangsa yang mulia kerana di muliakan sampaikan di waktu mati di mandi, di beri pakaian kafan, di solat dan di tanamkan. Berilah khidmat terakhir kita sebaiknya kepada ibu dan bapa.
Saya akan mati,
kamu juga akan mati,
marilah selalu bermuhasabah diri kita sebelum ajal menjemput.
Selalulah ingati mati,
mudahan mudah membuat banyak amal bakti untuk di sana nanti,
negeri akhirat yang kekal abadi.
Ya Allah ampunilah dosa kami, dosa ibu bapa kami, dosa anak isteri kami yang kami ketahui atau tidak kami ketahui, berilah keluasan di dalam kubur kami dan jauhilah kesempitan dan himpitan kubur bagi kami, kubur itu gelap ya Allah, berilah cahaya untuk kami di dalam kubur kami. Ampunilah kami ya Allah!

0 komentar:

Posting Komentar

 

Blog KhuU Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting